Semurni Kasih Ramadan: Agihan Sumbangan Orang Ramai di Bintulu


Bintulu, 04 Jun 2018: ABIM Negeri Sarawak melalui wakil ABIM Daerah Bintulu telah mengadakan majlis agihan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras di IKM Bintulu.
Sebanyak 30 keluarga yang memerlukan dlaam kawasan Bintulu telah menerima agihan barang-barang keperluan dapur. Bahan-bahan adalah sumbangan daripada orang ramai khususnya warga Malaysia yang budiman menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras, Semurni Kasih Ramadan.
Agihan ini juga mendapat sumbangan daripada Global Peace Mission, sebuah pertubuhan bantuan kemanusiaan sejagat.

๐ŸŒพ๐Ÿž๐Ÿš๐Ÿถ๐ŸŒพ
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.

๐Ÿซ๐Ÿ•Œ๐Ÿ›๐Ÿก
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 415 buah keluarga di 17 lokasi dalam enam bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Mukah, dan Limbang.

๐Ÿ“š๐Ÿ’ต๐Ÿ“š๐Ÿ’ต
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM33, 200.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.

Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
๐Ÿ“ž๐Ÿ“ฑ๐Ÿ—ฃ๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ž
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.

๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ






TAG