Kota Samarahan, 06 Jun 2018: ABIM Negeri Sarawak, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Baitul Ilmi telah berkunjung seterusnya mengagihkan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras di Sekolah Tunas Bakti Kuching, berlokasi di Kota Samarahan.
Sebanyak 30 pelajar Muslim yang tergolong dalam keluarga memerlukan menerima agihan barang-barang keperluan dapur untuk dibawa pulang ke kamoung halaman pada musim perayaan. Bahan-bahan adalah sumbangan daripada orang ramai khususnya warga Malaysia yang budiman menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras, Semurni Kasih Ramadan.
Sekolah Tunas Bakti menghimpunkan para pelajar yang mempunyai rekod jenayah juvana. Mereka menjalani program pemulihan dalam tempoh tertentu yang ditetapkan di sekolah tersebut.
🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 415 buah keluarga di 17 lokasi dalam enam bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Mukah, dan Limbang.
📚💵📚💵
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM33, 200.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.
Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.
🌾🌾🌾🌾🌾🌾
Tiada ulasan
Catat Ulasan