
Kuching, 07 Jun 2018: ABIM Negeri Sarawak, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Sekolah Tahfiz Agama Ar-Razi telah mengadakan majlis tadarus World Quran Hour bertempat di STA Ar-Razi, Tmn Sumber Alam Sanctuary, Kuching.
Seramak 150 orang pelajar, guru dan aktivis ABIM menyertai acara yang berlangsung selama dua jam ini. World Quran Hour adalah kempen global yang digerakkan oleh komuniti Malaysia bagi menyuburkan kecintaan umat kepada al-Quran di samping membudayakan bertadarrus lebih-lebih lagi dalam waktu barakah bulan Ramadan al-Mubarak.
🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 415 buah keluarga di 17 lokasi dalam enam bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Mukah, dan Limbang.
📚💵📚💵
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM33, 200.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.
Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.
🌾🌾🌾🌾🌾🌾
Tiada ulasan
Catat Ulasan