Kuching, 04 Ogos 2018: ABIM Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (Perkepis Sarawak) telah menganjurkan Majlis Peringatan 100 Tahun Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, bertempat di Masjid Darul Husni Warrahman, Tmn. Hussein/Rahmat Kuching.
Majlis ini dihadiri oleh lebih daripada 800 orang hadirin ini bermula sejak jam 06:15 petang dengan bacaan surah Yaasiin diikuti dengan Solat Maghrib berjamaah.
Usai solat Maghrib, Sesi Pembacaan Manaqib dan Pengkisahan Riwayat Hidup Shaykh 'Uthman Sarawak disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, penterjemah Kitab "Nafahat Ridwan fi Manaqibi Shaykh Uthman" yang juga merupakan Setiausaha ABIM Negeri Sarawak.
Seterusnya, Sesi Ucapan Perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak.
Foto-foto acara boleh diakses di pautan: https://www.facebook.com/media/set/…
Video rakaman majlis ini boleh ditonton di https://www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK/videos/2022726704407096/
dan
Tiada ulasan
Catat Ulasan