Kuching, 04 Ogos 2018: ABIM Negeri Sarawak bersama-sama keluarga besar jamaah merangkumi Wadah Pencerdasan Umat Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (Abim Sarawak) telah menganjurkan Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak, bersempena Ijtimak Harakiy ke-2, berlangsung pada 04 Ogos 2018, bertempat di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sarawak, di sini.
Taklimat seminar disampaikan oleh Pengarah Seminar, Sdr. Zaim Akmal bin Ali. Dalam ucapannya, beliau menyenaraikan objektif-objektif seminar yang disasarkan: 1) Membangkitkan semula wacana sejarah Islam di Sarawak; 2) Mengumpulkan maklumat-maklumat sedia ada tentang sejarah Islam Sarawak untuk kajian lanjut pada masa depan; 3).Membina rangkaian jaringan para pengkaji Islam di Sarawak; 4) Memperkenalkan beberapa aspek sejarah Islam di Sarawak kepada khalayak; 5) Memulakan langkah awal untuk pengkajian dan pendokumentasian sejarah Islam di Sarawak.
Sesi Pembentangan Makalah pula diteraju oleh Sdr. Muhammad Hazim bin Azhari. Tiga makalah dibentangkan dalam sesi ini. Pembentangan pertama bertajuk "Pertapakan Awal Islam di Sarawak: Diaspora Hadrami dan Islamisasi Alam Melayu" dibentangkan oleh Tuan Haji Wan Ariffin Wan Yon dari UiTM Sarawak.
Sesi Pembentangan Makalah kedua berjudul "Memposisikan Kearifan Lokal dalam Landskap Masyarakat Sarawak: Peranan Signifikan Politi Melayu Sarawak" pula disampaikan oleh Encik Samsol bin Moshidi Bujang, dari Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS).
Manakala, Sesi Pembentangan Makalah yang ketiga bertajuk "Jaringan Transmisi Pembaharuan: Angkatan Ulama Sarawam Abad ke-20 dan Gerakan Umat dalam Babak Kebangkitan Nasionalisme" disampaikan oleh Encik Mohammad Fazril bin Mohd. Saleh dari ABIM Negeri Sarawak.
Kertas Pembentangan boleh dimuatturun di pautan berikut: https://drive.google.com/…/1Z_Wj27MIrz7pMZ3iNkDeahppPX11ypX…
Foto-foto sesi boleh diakses melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/media/set/…
Video rakaman sesi pembentangan makalah bagi seminar ini boleh ditonton melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK/videos/2022142577798842/
Tiada ulasan
Catat Ulasan