Kuching, 30 Ogos 2018: Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak.
Delegasi ABIM Sarawak diketuai oleh YDP, Sdr Hazim Azhari tiba di Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sarawak, Bangunan Sultan Iskandar Simoang Tiga Kuching dan disambut Pengarah Perpaduan Negeri, Encik Dirwana Hj Azool bersama pegawai-pegawai ketua unit.
Pelbagai perkara dibincangkan bersama khususnya program kerjasama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan belia berbilang bangsa dan agama di Sarawak
Kesepakatan pertemuan ini antara lain menjadikan ABIM Sarawak sebagai NGO rakan strategik JPNIN Sarawak. Beberapa program kerjasama bakal dianjurkan dalam waktu terdekat.
Kunjungan ini juga telah mendapat liputan akhbar Utusan Borneo edisi 01 September 2018 (halaman 4).
Tiada ulasan
Catat Ulasan