KENYATAAN MEDIA ABIM NEGERI SARAWAK (13 OGOS 2018) - PENGUMUMAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA YANG BAHARU (SESI 2018/2019)




KENYATAAN MEDIA
ABIM NEGERI SARAWAK
13 OGOS 2018

PENGUMUMAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA YANG BAHARU (SESI 2018/2019)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Muktamar Sanawi (Perhimpunan Agung Tahunan) ABIM Negeri Sarawak kali ke-39 pada 04 Ogos 2018,  bertempat di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak, Kuching. Bersempena Muktamar ini juga dikelolakan dua acara sisipan iaitu Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak dan juga Majlis Peringatan Haul ke-100 Tahun Sheikh Haji Othman Abdul Wahab al-Sarawaqi.

Seramai 283 orang peserta yang terdiri daripada para perwakilan dan pemerhati Muktamar ABIM seluruh negeri Sarawak dan juga khalayak awam telah menyertai sesi Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak yang berlangsung pada sesi pagi, manakala lebih 800 orang menyertai Majlis Peringatan Haul Sheikh Haji Othman Abdul Wahab al-Sarawaqi yang dilangsungkan pada sesi malam.

Dalam sesi tersebut juga, Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak sesi 2017/2018, Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin telah menyampaikan Ucapan Penegasan yang bertajuk "Menelusuri Sejarah, Memartabatkan Keadilan dalam Masyarakat Madani".

Agenda muhasabah tahunan ini memberi hak dan kuasa kepada para perwakilan untuk memilih kepemimpinan baharu bagi sesi 2018/2019. Barisan kepemimpinan baharu ini dipilih berdasarkan kesepakatan musyawwarah secara bersama dengan menyemangati prinsip "wa shawirhum fi 'l-amr" (dan bermusyawwarahlah kamu dalam setiap urusan). Justeru para perwakilan telah mencapai kesepakatan memilih Ahli Jawatankuasa Kerja (pimpinan kanan) yang baharu bagi sesi 2018/2019, seperti berikut:

1.      Yang Dipertua                                     Muhammad Hazim bin Azhari
2.      Timbalan Yang Dipertua         Mohamad Raufa Irman bin Haji Abdul Raub
3.      Naib Yang Dipertua 1                         Mohamad Rahmat bin Jamali
4.      Naib Yang Dipertua 2                         Sharifah Afifah binti Wan Morshidi
5.      Setiausaha Negeri                    Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
6.      Setiausaha Kewangan              Noratirah binti Rambli
7.      Penolong Setiausaha                Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya

Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak bersama para pimpinan kanan Sesi 2018/2019 juga telah bersepakat memilih dan mengangkat 17 lagi Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM bagi melengkapkan keseluruhan 24 jawatan dalam sesi kepemimpinan kali ini (Sila rujuk lampiran). Portfolio yang diwujudkan bagi sesi kepemimpinan kali ini adalah selari dengan perkara 5.5.1 (a) Perlembagaan ABIM yang memperuntukkan hak budi bicara kepada Jawatankuasa Kerja ABIM Negeri untuk meniadakan dan menggantikan jawatan portfolio seperti tersenarai dalam Perlembagaan dengan persetujuan bertulis Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.

Bagi pihak barisan kepemimpinan yang baharu, kami mengungkapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada barisan pimpinan sebelumnya yang diteraju oleh Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan. Transisi ini merupakan kesinambungan misi perjuangan bersama yang harus dilihat sebagai suatu proses lumrah dalam organisasi. Yang lebih utama adalah perjuangan ini akan terus kita langsungkan bersama walau di mana pun posisi yang kita tempati.
                                                                            
Menginjak usia 40 tahun (1978-2018), ABIM Negeri Sarawak terus komited dengan penerusan agenda pembinaan generasi belia yang berketerampilan dan berkepemimpinan di samping menggiatkan usaha-usaha pendidikan dan pembaikan dalam kalangan masyarakat Sarawak khususnya. Dengan Rahmat dan Kasih Sayang Ilahi, cita-cita dan harapan murni ini bakal terlaksana, InshaAllah.

Sekian.


"SEJAHTERAKAN SARAWAK"


MUHAMMAD HAZIM BIN AZHARI
Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak
Sesi 2018/2019

13 Ogos 2018

























Lampiran


Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja
ABIM Negeri Sarawak
Sesi 2018/2019

1.      Yang Dipertua                                                   Muhammad Hazim bin Azhari
(017-737 8653/ muhdhazimazhari@gmail.com)
2.      Timbalan Yang Dipertua                                   Mohamad Raufa Irman bin Haji Abdul Raub
3.      Naib Yang Dipertua 1                                        Mohamad Rahmat bin Jamali
4.      Naib Yang Dipertua 2                                        Sharifah Afifah binti Wan Morshidi
5.      Setiausaha Negeri                                              Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
(013-277 5313/ fazrilsaleh@gmail.com)
6.      Setiausaha Kewangan                                        Nurathirah binti Rambli
7.      Penolong Setiausaha                                          Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya
8.      Ketua Biro Intelektualisme
& Pendidikan.Kewarganegaraan                                    Mohamad Safwandi bin Su’aidi
9.      Ketua Biro Pendidikan                                      Syarifah Fatin Awatif
10.  Ketua Biro Perhubungan Luar                           Muhammad Afiq Asyraf bin Soepirman
11.  Ketua Biro Perhubungan (Betong & Sri Aman) Suriani binti Su’aidi
12.  Ketua Biro Perhubungan (Mukah & Sibu)         Azizan bin Ajiji
13.  Ketua Biro Perhubungan (Miri & Limbang)       Anisah binti Matussin
14.  Ketua Biro Perhubungan (Wilayah)                   Muhammad Qhidir bin Mat Isa
15.  Ketua Biro Belia & Kebudayaan                       Zaim Akmal bin Ali
16.  Ketua Biro Kepenggunaan                                 Mohd Raufa Aminuddin bin Haji Abdul Raub
17.  Ketua Biro Pembangunan Sosial                                    Siti Khadijah binti Edi Wahab
18.  Ketua Biro Ikhtisas                                            Ezzatul Islam binti Khalidi
19.  Ketua Biro Ekonomi                                         Rahmatulhuda binti Khalidi
20.  Ketua Biro Integrasi Sosial                                Kathy Amalina binti Salleh Dicky
21.  Ketua Biro Penataran                                        Aisyah Humaira Liew
22.  Ketua Biro Regenerasi                                       Muhammad Zhariff bin Azhari
23.  Ketua Biro Siswazah                                          Mohd Khairulasyraaf bin Sulaiman
24.  Ketua Biro Kaderisasi                                        Shahril Aqmal bin Baharin

Alamat Perhubungan:

ABIM Negeri Sarawak
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak.

No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: abimsasar@gmail.com
Website: www.abimsarawak.org / www.facebook.com/abimnegerisarawak

TAG