Muktamar Belia Islam ke-39 ABIM Negeri Sarawak



Kuching, 04 Ogos 2018: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Muktamar Sanawi (Perhimpunan Agung Tahunan) ABIM Negeri Sarawak kali ke-39 pada 04 Ogos 2018, bertempat di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak, Kuching. Bersempena Muktamar ini juga dikelolakan dua acara sisipan iaitu Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak dan juga Majlis Peringatan Haul ke-100 Tahun Sheikh Haji Othman Abdul Wahab al-Sarawaqi.
Seramai 283 orang peserta yang terdiri daripada para perwakilan dan pemerhati Muktamar ABIM seluruh negeri Sarawak dan juga khalayak awam telah menyertai sesi Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak yang berlangsung pada sesi pagi, manakala lebih 800 orang menyertai Majlis Peringatan Haul Sheikh Haji Othman Abdul Wahab al-Sarawaqi yang dilangsungkan pada sesi malam.
Dalam sesi tersebut juga, Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak sesi 2017/2018, Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin telah menyampaikan Ucapan Penegasan yang bertajuk "Menelusuri Sejarah, Memartabatkan Keadilan dalam Masyarakat Madani".
Agenda muhasabah tahunan ini memberi hak dan kuasa kepada para perwakilan untuk memilih kepemimpinan baharu bagi sesi 2018/2019. Barisan kepemimpinan baharu ini dipilih berdasarkan kesepakatan musyawwarah secara bersama dengan menyemangati prinsip "wa shawirhum fi 'l-amr" (dan bermusyawwarahlah kamu dalam setiap urusan). Justeru para perwakilan telah mencapai kesepakatan memilih Ahli Jawatankuasa Kerja (pimpinan kanan) yang baharu bagi sesi 2018/2019, seperti berikut:
1. Yang Dipertua: Muhammad Hazim bin Azhari
2. Timbalan Yang Dipertua: Mohamad Raufa Irman bin Haji Abdul Raub
3. Naib Yang Dipertua 1: Mohamad Rahmat bin Jamali
4. Naib Yang Dipertua 2: Sharifah Afifah binti Wan Morsidi
5. Setiausaha Negeri: Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
6. Setiausaha Kewangan: Noratirah binti Rambli
7. Penolong Setiausaha: Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya

Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak bersama para pimpinan kanan Sesi 2018/2019 juga telah bersepakat memilih dan mengangkat 17 lagi Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM bagi melengkapkan keseluruhan 24 jawatan dalam sesi kepemimpinan kali ini (Sila rujuk lampiran). Portfolio yang diwujudkan bagi sesi kepemimpinan kali ini adalah selari dengan perkara 5.5.1 (a) Perlembagaan ABIM yang memperuntukkan hak budi bicara kepada Jawatankuasa Kerja ABIM Negeri untuk meniadakan dan menggantikan jawatan portfolio seperti tersenarai dalam Perlembagaan dengan persetujuan bertulis Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.
Bagi pihak barisan kepemimpinan yang baharu, kami mengungkapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada barisan pimpinan sebelumnya yang diteraju oleh Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan. Transisi ini merupakan kesinambungan misi perjuangan bersama yang harus dilihat sebagai suatu proses lumrah dalam organisasi. Yang lebih utama adalah perjuangan ini akan terus kita langsungkan bersama walau di mana pun posisi yang kita tempati.
Menginjak usia 40 tahun (1978-2018), ABIM Negeri Sarawak terus komited dengan penerusan agenda pembinaan generasi belia yang berketerampilan dan berkepemimpinan di samping menggiatkan usaha-usaha pendidikan dan pembaikan dalam kalangan masyarakat Sarawak khususnya. Dengan Rahmat dan Kasih Sayang Ilahi, cita-cita dan harapan murni ini bakal terlaksana, InshaAllah.
[Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Negeri Sarawak (Sesi 2018/2019)]
1. Yang Dipertua
Muhammad Hazim bin Azhari (017-737 8653/ muhdhazimazhari@gmail.com)

2. Timbalan Yang Dipertua 
Mohamad Raufa Irman bin Haji Abdul Raub

3. Naib Yang Dipertua 1 
Mohamad Rahmat bin Jamali

4. Naib Yang Dipertua 2 
Sharifah Afifah binti Wan Morshidi

5. Setiausaha Negeri 
Mohammad Fazril bin Mohd Saleh (013-277 5313/ fazrilsaleh@gmail.com)

6. Setiausaha Kewangan 
Nurathirah binti Rambli

7. Penolong Setiausaha 
Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya

8. Ketua Biro Intelektualisme & Pendidikan.Kewarganegaraan 
Mohamad Safwandi bin Su’aidi

9. Ketua Biro Pendidikan 
Syarifah Fatin Awatif

10. Ketua Biro Perhubungan Luar 
Muhammad Afiq Asyraf bin Soepirman

11. Ketua Biro Perhubungan (Betong & Sri Aman) 
Suriani binti Su’aidi

12. Ketua Biro Perhubungan (Mukah & Sibu) 
Azizan bin Ajiji

13. Ketua Biro Perhubungan (Miri & Limbang) 
Anisah binti Matussin

14. Ketua Biro Perhubungan (Wilayah) 
Muhammad Qhidir bin Mat Isa

15. Ketua Biro Belia & Kebudayaan 
Zaim Akmal bin Ali

16. Ketua Biro Kepenggunaan 
Mohd Raufa Aminuddin bin Haji Abdul Raub

17. Ketua Biro Pembangunan Sosial 
Siti Khadijah binti Edi Wahab

18. Ketua Biro Ikhtisas 
Ezzatul Islam binti Khalidi

19. Ketua Biro Ekonomi 
Rahmatulhuda binti Khalidi

20. Ketua Biro Integrasi Sosial 
Kathy Amalina binti Salleh Dicky

21. Ketua Biro Penataran 
Aisyah Humaira Liew

22. Ketua Biro Regenerasi 
Muhammad Zhariff bin Azhari

23. Ketua Biro Siswazah 
Mohd Khairulasyraaf bin Sulaiman

24. Ketua Biro Kaderisasi 
Shahril Aqmal bin Baharin

[Alamat Perhubungan]
ABIM Negeri Sarawak
Sekretariat ABIM Sarawak
No. 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Seri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak.

No. Tel: 082-510223 | No. Faks: 082-510223 | email: abimsasar@gmail.com

*Muat-turun Laporan Tahunan ABIM Sarawak sesi 2017/2018 di pautan: https://drive.google.com/…/15RWbb1a2DJnUy8J9-apd8Ojli…/view…
*Muat-turun Kenyataan Media Senarai AJK ABIM yang Baharu di pautan https://drive.google.com/…/1QDCk3D9dWNS63Cgs67BFPc7EH…/view…
*Foto-foto sesi Muktamar boleh diakses melalui pautan ini:https://www.facebook.com/media/set/…
























TAG