‘Islam’ tidak harus terpinggir dalam wacana dan perbincangan sejarah khususnya di Negeri Sarawak. Malah, mauduk ini wajar terus diangkat dan dipopularkan sehingga muncul gerakan sosial yang bersifat konsisten dalam kalangan masyarakat yang peduli dan sedar.
Oleh itu, Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak pada 04 Ogos 2018 menyarankan supaya:
1. kelompok akademia dan masyarakat sedar sejarah terus-menerus meraikan pelbagai aktiviti wacana, sarana sumbang saran dan kegiatan termasuklah wacana-wacana sejarah yang positif dengan cara berperanserta dalam kegiatan tersebut dan menyebarkan manfaatnya kepada khalayak;
2. kelompok masyarakat Islam di Sarawak wajar mempunyai suatu wadah atau forum bagi membincangkan isu-isu semasa terkait sejarah Islam Sarawak secara konsisten bagi terus menyemarakkan kepedulian masyarakat terhadap sejarah anak-bangsa sendiri;
3. menggiatkan gerakan pengumpulan manuskrip dan sumber-sumber lama berkaitan Melayu dan Islam di Sarawak, seterusnya menkatelog dan memperihalkan/ mendiskripsikan kandungan bahan-bahan tersebut;
4. memperbanyak penerbitan terkait sejarah Islam di Sarawak secara intensif dan menggiatkan pengedarannya;
5. menterjemah atau mengalihbahasa kajian-kajian tentang Melayu-Islam di Sarawak ke dalam bahasa Inggeris bagi menyebarkan maklumat kepada khalayak yang lebih besar.
6. menanam rasa minat kepada golongan muda untuk peduli sejarah bagi mewujudkan kesinambungan kelompok peduli-sejarah dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Oleh yang demikian, sekretariat Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak khususnya ABIM Negeri Sarawak mengaharapkan resolusi yang dicadangkan ini dapat dibahaskan dan diperhalusi khususnya oleh para peserta seminar. Sekian.
Disediakan oleh:
Sekretariat Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak
ABIM Negeri Sarawak
*Resolusi Seminar dan kertas makalah pembentangan boleh dimuatturun di https://drive.google.com/open…
Tiada ulasan
Catat Ulasan