Kuching, 25 Ogos 2018: Hari Raya Aidil Adha tahun ini disambut dalam suasana harmoni, penuh keinsafan dan kesyukuran. Pimpinan ABIM Negeri Sarawak tidak ketinggalan menyambut perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Majlis sambutan kali ini diadakan di kediaman Haji Zamali Sulong, Jalan Bentara, Kampung Semariang, Kuching. Sambutan kali ini diadakan bersekali dengan majlis akikah cahaya mata baharu salah seorang ahli jawatankuasa kerja ABIM Sarawak, Encik Mohamad Rahmat Jamali yang merupakan Naib Yang Dipertua ABIM Sarawak.
Seawal jam 08:00 pagi, panitia ABIM dan keluarga Encik Mohamad Rahmat Jamali bersiap-siap untuk menyembelih kambing dan juga memasak. Sembelihan kambing dan bacaan doa selamat dipimpin oleh Ustaz Mohd Raufa Irman bin Abdul Raub, Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak.
Selepas solat Zohor, ahli qaryah Surau Nurul Iman Jalan Bentara hadir untuk acara zikir marhaban dan bacaan doa selamat.
Acara seperti ini juga dapat memupuk budaya gotong royong dalam kalangan belia bersama warga penduduk kampung di samping mengenali adat dan budaya masyarakat kampung.
Majlis ini juga mendapat liputan akhbar Utusan Borneo edisi 27 Ogos 2018 (halaman 7).
Untuk album foto penuh, kunjungan akaun FB Abim Sarawak.
Tiada ulasan
Catat Ulasan