Usrah Rijal Abim Sarawak Bil. 1 sesi 2018/2019



Kuching, 31 Ogos 2018: Pimpinan ABIM Negeri Sarawak telah berkunjung ke kediaman al-Fadhil Ustaz Suhardi Edward CEO Sekolah Rendah dan Menengah Tahfiz ar-Razi, Kuching.
Kunjungan ini merupakan pembuka kepada sesi usrah rijal yang kali pertama diadakan selepas Muktamar ABIM Negeri pada awal Ogos yang lalu.
Usrah diadakan selepas solat Isyak, dimulakan dengan solat hajat, diikuti dengan bacaan zikir al-Mathurat, tadabbur ayat al-Quran, tausiyah daripada tuan rumah dan juga perbincangan isu semasa.
Pelbagai perkara dikongsikan, khususnya terkait peneguhan ilmu dan iman, hal-hal menyangkut pengukuhan jati diri kepemudaan, serta peranan dan tanggungjawab sebagai anak bangsa Malaysia.
Ustaz Suhardi Edward, yang juga merupakan mantan Yang Dipertua ABIM Sarawak juga turut memberikan pedoman-pedoman berguna kepada warga usrah.
Sedutan rakaman pengisian boleh ditonton di pautan berikut: https://www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK/videos/375111919692591/











TAG