Kuching, 20 September 2018: Ahli Jawatankuasa Kerja Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) al-Fadil Ustaz Haji Khalidi Ibrahim di Bangunan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di sini, baru-baru ini.
Kunjungan diketuai Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak Muhammad Hazim Azhari itu bertujuan merakamkan penghargaan atas kerjasama JAIS dalam menganjurkan Majlis Peringatan Haul 100 Tahun Sheikh Othman Abdul Wahab AlSarawaki pada 4 Ogos lalu.
Antara tujuan lain adalah untuk memperkenalkan barisan pemimpin baharu selain menyampaikan buku terbitan baharu ABIM Negeri Sarawak berjudul ‘Nafahat al-Ridwan: Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak’ kepada Khalidi.
Khalidi dalam pertemuan itu mengucapkan terima kasih atas kejayaan penganjuran bersama program antara ABIM dan JAIS.
Beliau harap kedua- dua organisasi atau pertubuhan Islam terbabit akan terus men- jalin lebih banyak kerjasama pada masa akan datang.
Menurutnya, penting bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti ABIM terus membantu JAIS memperkasa umat Islam di Sarawak khususnya daripada aspek kesedaran beragama, kebajikan dan pendidikan.
Sementara itu, Muhd Hazim berkata, pihaknya akan sentiasa memperluaskan kerjasama dengan pertubuhan Islam di Sarawak.
Malah katanya, penambahbaikan dalam aspek pengurusan NGO Islam khususnya dalam konteks pendanaan dan kewangan juga akan diberi keutamaan bagi memastikan program Islam yang dianjurkan berjalan dengan lebih teratur dan efisien.
Kunjungan ini juga mendapat liputan daripada akhbar Utusan Borneo edisi 25 September 2018 (halaman 6).
Tiada ulasan
Catat Ulasan