ABIM Sarawak Berperanserta dalam Bengkel Advokasi Gangguan Seksual terhadap Kanak-kanak




Kuching, 22 September 2018: ABIM Negeri Sarawak berperanserta dalam Program Advokasi Kesedaran terhadap Gangguan Seksual Kanak-kanak, bertempat di Hotel Grand Margherita, dekat sini.
Bengkel anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kota Samarahan ini berlangsung selama dua hari dan merangkumi dua sesi iaitu Sesi Latihan Kejurulatihan bersama profesional dan sesi khas bersama ibu bapa dan guru dan melibatkan seramai 46 orang peserta. Beberapa orang aktivis ABIM Sarawak juga menyertai bengkel ini.
Beberapa objektif disasarkan dalam pelaksanaan bengkel ini termasuklah meningkatkan kesedaran dalam membanteras isu gangguan seksual di kalangan kanak-kanak; mencegah dan membanteras isu gangguan seksual di kalangan kanak-kanak; meningkatkan nilai-nilai kerjasama bersama ke arah pemupukan ahli komuniti masyarakat yang lebih selamat dan terjaga di kalangan kanak-kanak; mewujudkan kelompok sokongan (support group) antara guru, ibu, bapa dan relawan sebagai platform untuk perkongsian, pencegahan pembanterasan gangguan seksual kanak-kanak di Bahagian Samarahan dan membasmi dan mengurangkan kadar kes-kes sosial berkaitan dengan gangguan seksual kanak-kanak di Bahagian Samarahan khususnya.
Bengkel ini diteraju oleh dua orang aktivis ABIM yang juga merupakan pimpinan NGO FAME (Family Empowerment), Prof. Madya Dr. Haslinda Hj. Abdullah (Presiden FAME, juga seorang pensyarah dan pakar pengkaji belia) dan Puan Fadhlina Dato' Sidek (Timbalan Presiden FAME, juga seorang peguam)
Kedua-dua sesi bengkel ini masing-masing dirasmikan oleh Puan Kashnita binti Edin 
(Ketua Cawangan Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak) dan Encik Mohammad Guntor bin Rajaie (Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan).

Program ini turut mendapat liputan akhbar Utusan Borneo edisi 29 September 2018 (halaman 3).








TAG