ABIM Sarawak Dekati Generasi Muda Melalui Perlawanan Futsal Persahabatan


Kuching, 22 September 2018: ABIM Negeri Sarawak bersama Belia KASBA telah menganjurkan perlawanan futsal persahabatan belia, bertempat di Gelanggang Futsal Kampung Semariang Batu, Kuching.
Acara ini melibatkan lebih 50 orang belia daripada lapan pasukan yang berentap secara sihat dan harmoni. Program kali ini diselenggara dan dikoordinasi oleh Sdr. Izzul Zikri Khasri, pimpinan Belia KASBA.
Acara sepertinya adalah suatu usaha mengajak golongan belia untuk menjalani gaya hidup sihat. Di samping itu, ia dapat mengasah bakat-bakat muda dalam kalangan para belia khususnya di Kampung Semariang Batu. Selain mengisi waktu terluang dengan aktiviti berfaedah bagi mengelakkan gejala sosial oleh para belia, kegiatan seperti ini mampu menggalakkan para belia mengikuti kegiatan sukarelawan dan kemasyarakatan, antaranya seperti yang disediakan oleh ABIM Sarawak.
Program ini juga mendapat liputan akhbar Utusan Borneo Edisi 02 Oktober 2018 (halaman 5).



TAG