Kuching, 28 Mei 2018: ABIM Negeri Sarawak melalui para pegawai Pengurusan TASKI ABIM: Ustaz Safiee Hanapi, Ustazah Dayang Hajijah dan Ustazah Dayangku Kartina Awang Zen, menyalurkan sumbangan kepada penduduk terjejas kebakaran di Kampung Bintawa Hilir, Kuching dan warga desa yang memerlukan di Kampung Semariang.
🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak menyeru kepada para penyumbang yang budiman agar dapat menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan ini boleh disalurkan sepanjang bulan Ramadan menerusi salah satu daripada 16 premis TADIKA TASKI ABIM Kuching/Samarahan (Sarawak).
📚💵📚💵
Sumbangan berbentuk wang bagi menggantikan bahan-bahan sumbangan juga diterima. Boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Ibu Pejabat TASKI ABIM di talian 082-446217 atau whatsApp Fazril di talian 013-2775313.
Tiada ulasan
Catat Ulasan