HELWA ABIM Sarawak Berperanserta dalam Taklimat Khas JPW


Kuching, 25 September 2018: Satu sesi taklimat oleh Jabatan Pembangunan Wanita bersama NGO-NGO wanita telah diadakan, bertempat di Wisma Wanita, di sini.
Lebih 100 orang daripada pelbagai NGO Wanita seluruh Sarawak telah diundang menyertaia sesi tersebut, termasuk HELWA ABIM.
Sesi ini bertujuan untuk memberi informasi kepada NGO Wanita tentang kewujudan dana bagi membantu dalam perlaksanaan program-program pembangunan masyarakat di samping menyediakan panduan dalam penyediaan kertas kerja untuk pemohonan bantuan dana serta penyediaan laporan kewangan selepas program selaras dengan format yang telah ditetapkan oleh JPW.
Puan Thamarai a/p M Munisamy, Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian JPW telah bertindak selaku juru taklimat yang menerangkan dengan teliti berhubung perkara yang ingin disampaikan.
Dalam acara yang sama, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) turut menyampaikan ucapan penghargaan dan menyatakan hasrat untuk berkolaborasi bersama JPW untuk membantu survival kewangan NGO-NGO Wanita di Sarawak.
HELWA ABIM Sarawak yang diketuai Naib Yang Dipertua 2, Puan Sharifah Afifah Wan Morsidi, bersama-sama exco ABIM Sarawak yang lain, Cik Noratirah Rambli, Cik Sharifah Fatin Awatif dan Cik Siti Khadijah Edi Wahab turut beramah mesra dengan Puan Noriah bt Haji Ahmad, Pengarah JWKS.
Beliau kelihatan begitu teruja dengan kehadiran delegasi HELWA ABIM dan mengalu-alukan kunjungan ABIM ke pejabatnya bagi perbincangan lanjut berhubung kegiatan kerjasama pada masa depan.




TAG