KENYATAAN
MEDIA
ABIM NEGERI
SARAWAK
24 SEPTEMBER
2018
PERAKUAN KELULUSAN PENDAFTARAN ABIM DI SARAWAK OLEH PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA MALAYSIA (ROY)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri
Sarawak memaklumkan status terkini berhubung pendaftarannya. Pejabat Pendaftar
Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya telah
mengeluarkan perakuan pendaftaran bagi 13 entiti Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) yang didaftarkan di Negeri Sarawak pada 02 Ogos 2018 yang lalu.
Pendaftaran ABIM peringkat kebangsaan dan di
negeri-negeri lain di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telahpun berlaku
sejak tahun 2007 lagi, sejak ROY dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan
Belia 2007 mula diperkenalkan. Sebelumnya, ABIM berdaftar di bawah Pejabat
Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Walau bagaimanapun atas perkiraan dan ijtihad
kepemimpinan ABIM Negeri Sarawak dewasa itu yang mengambilkira situasi dan
kepentingan semasa, maka pendaftaran ABIM Negeri Sarawak dikekalkan di bawah
ROS.
Status pendaftaran tersebut terus aktif
sehinggalah pada tahun 2017, kepemimpinan ABIM semasa mengambil keputusan untuk
mendaftarkan ABIM Negeri Sarawak di bawah ROY dan menyegerakan proses
pendaftarannya, walaupun perencanaan untuk pendaftaran telah dilakukan beberapa
tahun sebelumnya.
Justeru, tindakan memohon klarifikasi status pendaftaran
ABIM Sarawak di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah dibuat dan permohonan
menggugurkan ABIM Sarawak daripada daftar ROS telah diluluskan. Seterusnya,
kebenaran penubuhan ABIM Sarawak di bawah ROY dipohon dan sijil kebenaran
penubuhan telah dikeluarkan bagi membolehkan 13 entiti ABIM di Sarawak
menjalankan mesyuarat penubuhan.
Minit Mesyuarat Penubuhan bersama borang-borang
tertentu dilengkapkan dan telah dihantar dan diterima oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan
Belia KBS Putrajaya pada 09 Julai 2018. Pendaftaran ini adalah selari dengan
peruntukan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Tiga belas (13) entiti ABIM di Sarawak kini
telah diluluskan dan diperakui pendaftarannya:
1. ABIM Negeri
Sarawak (peringkat negeri) : PPBM : CN0028/13/18/1197
2. ABIM Daerah
Kuching (peringkat daerah) : PPBM : CD0028/13/18/1196
3. ABIM
cawangan Satok : PPBM
: CT0028/13/18/1199
4. ABIM
cawangan Samariang : PPBM : CT0028/13/18/1207
5. ABIM
cawangan Santubong : PPBM : CD0028/13/18/1198
6. ABIM Daerah
Samarahan (peringkat daerah) : PPBM
: CT0028/13/18/1201
7. ABIM
cawangan Kota Samarahan : PPBM : CD0028/13/18/1200
8. ABIM
cawangan Sebuyau : PPBM : CT0028/13/18/1205
9. ABIM
cawangan Muara Tuang : PPBM
: CD0028/13/18/1204
10. ABIM Daerah
Bintulu (peringkat daerah) : PPBM : CT0028/13/18/1203
11. ABIM
cawangan Jepak : PPBM : CT0028/13/18/1202
12. ABIM
cawangan Kemena : PPBM : CT0028/13/18/1206
13. ABIM
cawangan Kidurong : PPBM : CD0028/13/18/1205
ABIM merupakan sebuah pertubuhan atau
organisasi bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan sejak tahun 1971.
Terdapat lebih 20 agensi termasuk berkaitan pendidikan, koperasi, hospital,
kerja kesukarelaan, bantuan kemanusiaan dan sebagainya ditubuhkan dan dinaungi
oleh ABIM.
ABIM di Sarawak ditubuhkan pada tahun 1978.
Tahun ini (2018) menandakan 40 tahun ABIM bertapak si bumi Sarawak. ABIM Negeri
Sarawak juga berhasrat untuk membuka dan mendaftarkan cawangannya di bahagian
dan daerah yang lain, agar dapat berbakti dan memberikan manfaat kepada umat
dan masyarakat.
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
Muhammad
Hazim bin Azhari
Yang Dipertua
ABIM Negeri Sarawak
24 September 2018
No.
Fon: 011-61783206
Emel:
abimsasar@gmail.com
Tiada ulasan
Catat Ulasan