Kuching, 11 September 2018: Ahli Dewan Undangan Negeri N7 Samariang, Yang Berhormat Hajjah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali telah menganjurkan Makan Malam Bersama NGO Belia N7, bertempat di Hotel Grand Dormani Rajah Court, dekat sini.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak antara NGO yang diundang untuk bersama berperanserta dalam acara ini. Acara ini bertujuan menghimpun para penggerak belia yang berada dalam kawasan N7 Samariang bagi melontarkan buah fikir masing-masing dalam konteks membangun masyarakat setempat, di samping berkenalan dan menyampaikan aspirasi semasa kepemimpinan negeri.
Tiada ulasan
Catat Ulasan