Pakar Pengkaji Sastera Melayu Klasik Kunjungi HELWA ABIM Sarawak


Kuching, 19 September 2018: Pakar pengkaji sastera Melayu klasik, Dr. Noriah Mohamed telah berkunjung ke Kuching dan seterusnya ber'usrah' bersama warga HELWA ABIM Sarawak.
Beliau yang kini menetap di Kajang juga merupakan mantan Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkunjung ke Sarawak atas urusan menemani anaknya yang menghadiri konferens di salah sebuah hotel terkemuka di sini.
Pertemuan dengan warga HELWA Sarawak berlangsung selepas solat Isyak di kediaman Puan Salmah Simpo, salah seorang aktivis HELWA ABIM, berlokasi di Kampungan Patingan, Jalan Muhibah Kuching.
Pelbagai perkara dibahaskan khususnya terkait hal ehwal penghakupayaan wanita, isu-isu kekeluargaan yang berlaku dalam masyarakat dan juga perencanaan memberdaya komuniti.
Dr. Noriah Mohamed yang juga merupakan aktivis veteran ABIM, sempat menjengah Ibu Pejabat TASKI ABIM Kuching/Samarahan pada siang harinya.






TAG