Kuching, 14 September 2018: ABIM Negeri Sarawak sebagaimana lazimnya menganjurkan sesi usrah rijal, siri yang kedua bagi sesi kepemimpinan kali ini.
Usrah kali ini diadakan di Sekolah Tahfiz Agama Ar-Razi (STA Ar-Razi), Tmn Sumber Alam Sanctuary, Jalan Sultan Tengah, Kuching.
Usrah yang berlangsung selama dua jam setengah itu dimulai dengan zikir al-Mathurat, diikuti dengan tadabbur al-Quran yang dibimbing Ustaz Raufa Irman Abd Raub (Timbalan YDP ABIM Sarawak), dilanjutkan setelah itu dengan pengisian dan perkongsian pengalaman bersama Encik Zulrusdi bin Hol, mantan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak.
Kemudiannya, usrah memasuki segmen sumbang saran dan perbincangan isu semasa. Berakhir sekitar jam 11:00 malam, usrah diakhiri dengan resolusi dan iltizam pelaksanaan amal dan kebajikan sebagai rutin sehari-hari bagi masing-masing ahli usrah.
Sedutan rakaman pengisian boleh ditonton di pautan:
https://www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK/videos/263212537639648/
Tiada ulasan
Catat Ulasan