Kuching 29 September 2018: Program “Harmony Walk 2018” telah dianjurkan secara bersama oleh Islamic Information Centre (IIC) dan persatuan penganut agama-agama lain.
Program tahunan ini bertujuan memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama khususnya di Negeri Sarawak.
Bagi tahun 2018 ini, Association of Churches in Sarawak dipertanggungjawabkan sebagai tuan rumah acara.
ABIM Negeri Sarawak telah menghantar seramai 144 orang peserta untuk menyertai acara ini. Manakala, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) pula menghantar seramai 113 orang peserta.
Seawal jam 06:30 pagi, para peserta sudahpun berkumpul di dewan besar Association of the Churches in Sarawak. Walaupun hujan turun dengan lebatnya, namun ia tidak mematahkan semangat para peserta meneruskan agenda berjalanan kaki sejauh 5 KM sebagai suatu simbol perpaduan dalam kalangan penganut agama yang pelbagai.
Dimulakan dengan ucapan sambutan oleh tuan rumah dan wakil-wakil pertubuhan agama, majlis diteruskan lagi dengan senaman Malaysia dan persembahan khas perpaduan.
Sejurus selepas itu, lebih seribu para peserta dilepaskan untuk acara jalan kaki sejauh 05 kilometer, bermula dari lokasi berhimpun tadi sehingga ke Persatuan Buddha Sarawak.
Acara diakhiri dengan cabutan bertuah, ucapan penghargaan penganjur dan penyerahan bendera sebagai simbolik penggantian tuan rumah penganjuran Harmony Walk bagi tahun depan.
Sebahagian peserta ABIM Sarawak dan PERKEPIS sempat merakamkan kenangan melalui foto bersama Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar.
Tiada ulasan
Catat Ulasan