Kuching, 06 Oktober 2018: ABIM Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pesakit Islam Kuching (PKPIK) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Wanita bertempat di dua lokasi berbeza iaitu di Masjid Nurul Khair Kg. Samariang Batu & Masjid al-Muttaqin Kg. Buntal, dekat sini.
Seramai keseluruhan 120 orang wanita terdiri daripada penduduk setempat menyertai kursus bagi kedua-dua lokasi tersebut.
Menurut Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak, Ustaz Mohamad Raufa Irman Abdul Raub, kursus ini meletakkan beberapa matlamat, antaranya mendedahkan kepada peserta tentang cara pengurusan jenazah wanita, di samping memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PKPIK juga merasakan bahawa perlunya paa penduduk sesuatu qaryah untuk membiasakan diri dengan praktikal pengurusan jenazah agar lebih memahami secara mendalam tentang pengurusan jenazah khasnya jenazah wanita.
Kursus jenazah pada sesi pagi dijalankan di Masjid Nurul khair Kamlung Semariang Batu, manakala sesi petang dijalankan di Mashid al-Muttaqin Kampung Buntal.
Kedua-dua sesi tersebut dikendalikan oleh Ustazah Hasparina Binti Dreman, Ketua Unit Pengurusan Jenazah Wanita PKPIK.
Dalam kursus ini, para peserta kursus mempelajari aspek teori pengurusan jenazah terkait hukum-hakam dan langkah-langkah pengurusan jenazah. Kemudiannya, mereka didedahkan dengan aspek amali dengan mempelajari praktikaliti memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah.
Program dirasmikan oleh Ustaz Haji Azmi Shaari, Pengerusi PKPIK yang juga merupakan seorang pendakwah bebas. Turut hadir dalam sesi kursus ini adalah Timbalan Pengerusi Masjid Nurul Khair Kg. Samariang Tuan Haji Mahathir Fatimah, Pengerusi Masjid al-Muttaqin Kg. Buntal Ustaz Hasibullah Roslan, Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak Ustaz M. Raufa Irman Hj Abd. Raub dan Setiausaha PKPIK En. Muhammad Nazeeb Hj. Ali.
Program ini turut mendapat liputan akhbar tempatan, Utusan Borneo edisi 15 Oktober 2018: "Peluang Pelajari Kaedah Pengurusan Jenazah Dimanfaat Sepenuhnya" (halaman B2)
Tiada ulasan
Catat Ulasan