ABIM Sarawak Kunjungi Pengarah JAIS




Kuching, 04 Julai 2018: Pimpinan Kanan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah mengadakan kunjung-ziarah kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Ustaz Haji Khalidi Ibrahim, bertempat di Pejabat Pengarah JAIS, Tingkat 17, Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Kuching.
Kunjungan ini adalah kunjungan rasmi pertama oleh ABIM Sarawak setelah beliau dilantik sebagai Pemangku Pengarah JAIS awal tahun lalu. Selain berkenal-kenalan, pertemuan ini juga membincangkan kerjasama strategik antara ABIM Sarawak dengan JAIS khususnya dalam konteks penganjuran Program Majlis Peringatan Haul ke-100 Tahun Shaykh 'Uthman Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 04 Ogos nanti.



TAG