Nilai, 20 Oktober 2018: Delegasi ABIM Sarawak dengan penyertaan seramai 25 orang perwakilan telah menyertai Seminar Kebangsaan Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu, sempena Muktamar Belia Islam kali ke-47, bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dekat sini.
Seminar setengah hari ini menampilkan tiga pidato hebat yang dimulakan dengan Pidato Ucapan Dasar Presiden ABIM Tuan Haji Mohamad Raimi Ab Rahim berjudul "Malaysia Baharu: Mengangkat Aspirasi Rakyat, Memartabat Amanah Umat", disusuli dengan Pidato Penegasan oleh mantan Presiden ABIM (ke-3), Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil bertajuk "Malaysia Baharu dan Kesinambunga Reformasi Islahiy". Kemudiannya, disusuli dengan Pidato Ucaptama mantan Presiden ABIM (ke-2), Dato' Seri Anwar Ibrahim berjudul "Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu".
Tonton rakaman video penuh seminar di pautan ini:
Klik pada pautan ini untuk koleksi penuh foto berkaitan:
Tiada ulasan
Catat Ulasan