HELWA ABIM Sarawak dalam Wacana "Sexual Harrasment: Speak Out"


Kuching, 06 Oktober 2018: Sarawak Women for Women Society (SWWS), sebuah pertubuhan advokasi sosial di Sarawak telah menganjurkan wacana "Sexual Harrasment: Speak Out", bertempat di iCube Innovation Centre, dekat sini.
Kira-kira 60 orang peserta yang terdiri daripada aktivis NGO-NGO di sekitar kawasan Kuching menghadiri acara ini.
Antara pembicara yang dijemput khas bagi wacana ini adalah Dr. Angie Garet (Naib Presiden SWWS) dan Kimberly Tan (aktivis sosial), dan Chua Kuan Ching (peguam).
Dr Angie Garet berbicara tentang 'Myth and Realities', dengan hasrat membuka minda para peserta dengan penerangan tentang definisi 'sexual harrasment' yang bukan sahaja melibatkan kaum wanita semata-mata malah kaum lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa.
Kimberly Tan dengan topik bicara 'Where is Your Consent' memberi kesedaran dan panduan kepada insan sekeliling termasuk keluarga dan komuniti mengenai peri pentingnya sokongan dan kepercayaan mereka sebagai sumber kekuatan mental dan spiritual mangsa agar mampu menjalani rutin kehidupan seperti insan-insan lain.
Chua Kuan Ching dalam bicaranya bertajuk 'Existing Law and What Needs to be Changed' memberikan pencerahan dan meningkatkan kesedaran para peserta tentang kewujudan akta yang boleh digunapakai dalam mendepani jenayah gangguan seksual di Malaysia dan juga cadangan penambahbaikan akta dan polisi yang sedia ada di Sarawak khasnya.
Selain ceramah oleh para panelis, terdapat juga sesi perkongsian pengalaman mangsa-mangsa "sexual harrasment" yang rata-rata berlaku di tempat kerja.
Dalam perkembangan yang berlainan, HELWA ABIM Sarawak juga akan menganjurkan Pelatihan Kejurulatihan (TOT) DERMAGA, sebuah modul khas advokasi dan kesedaran sosial perihal penjagaan diri daripada pemangsaan gangguan seksual dan kesedaran reproduktif.
Khalayak ramai dijemput menyertai TOT ini dengan mengisi borang penyertaan atas talian dalam pautan di bawah. Anda kemudiannya akan dihubungi oleh pihak urusetia untuk informasi lanjut.
Klik pautan ini untuk penyertaan TOT DERMAGA: https://goo.gl/ApKcEz






TAG