Nilai, 20 Oktober 2018: Delegasi ABIM Sarawak, dengan perwakilan seramai 25 orang telah menerima undangan menyertai Makan Malam Relawan Malaysia, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM). Majlis ini diadakan bersempena Muktamar Belia Islam kali ke-47, bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dekat sini.
Majlis dimulakan dengan deklamasi puisi, ucapan sambutan oleh wakil pimpinan ABIM Pusat dan persembahan muzikal oleh Pasukan Perkumpulan Persabatan Khidmat Antara Agama (FGIS).
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, beliau memuji usaha dan peranan ABIM dalam membangun generasi muda berkualiti yang menyumbang kepada pembangunan belia dan masyarakat keseluruhan.
Dalam majlis yang sama, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan menyampaikan Anugerah Lima Bintang kepada ABIM atas kejayaan dan kecemerlangan pengurusan pertubuhan belia Malaysia.
Sementara itu, delegasi ABIM Sarawak berkesempatan berfoto kenang-kenangan di samping menyampaikan aspirasi belia Sarawak kepada Yang Berhormat dalam sela-sela kesempatan itu.
Yang Berhormat dikhabarkan akan berkunjung ke Sarawak dalam jangka waktu terdekat bagi mendengar sendiri denyut nadi belia Sarawak khasnya di kawasan pedalaman, seterusnya bersama-sama para pemegang taruh merangka pelan dan strategi pembangunan belia. Beliau direncanakan untuk turun padang ke Bahagian Kapit tidak lama lagi.
Klik pada pautan ini untuk koleksi penuh foto berkaitan: https://www.facebook.com/pg/ABIMNEGERISARAWAK/photos/?tab=album&album_id=2170961006250331&__xts__%5B0%5D=68.ARBFEfSPxv1fhi4MSi4ZK2tXSS_IM5YR2E2lLR2NJuFQbJJo9fjhcUziBsZ37zcoviDq2GxmP7o_VBaol2FUO5JGKNDafGhb3qhLoi7vvlJtRBpsE6Pob37gsD58oDxjXvvRb2jHQMuqQvW2T19AQ4Jk_m_DlkhKjFAy7QToTZlNOWrBf7nhSTiO4b-Z7ai6m5xluivJSNoXk1MnThKKHPYq7XcHsX48c_AdHfCAh_KcMs6hyOKbQ_2k4Qa0vGTiz456BDbxeRcWR3SWurMzevGdyIM2jQG8JKXiGIukkySFOucJSLieLiio91wVxQuYrvfdPWsDkQ6xkqLgnw7fvkTTvQ&__tn__=-UC-R
Tiada ulasan
Catat Ulasan