Pimpinan ABIM Sarawak Beri Pedoman Belajar kepada Mahasiswa


Kuching, 01 September 2018: Seramai 50 mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi tempatan termasuk pelajar tingkatan enam menyertai Program Teknik Belajar Mahasiswa Bitara yang diadakan baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Bilik Seminar Kuching di Metrocity di sini, merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan tujuan membantu peserta mengenai teknik belajar yang berkesan dan efektif


Ia juga diadakan bagi mendidik tentang kaedah pembelajaran, pengambilan nota, pengurusan masa dan cara-cara menjawab soalan peperiksaan dengan betul.

Malah, program itu sebagai platform membantu para pelajar mendapatkan keputusan cemerlang sekali gus memperoleh Anugerah Dekan pada setiap semester.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk sesi ceramah disampaikan penerima Anugerah Rektor pada Konvokesyen Ke-29 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2013 Mohammad Fazril Mohd Saleh.

Turut hadir Yang Dipertua PERKEPIS Muhammad Zharif Azhari dan Setiausaha Agung PERKEPIS Shahril Aqmal.

Rakaman video sesi ini boleh ditonton di pautan berikut: https://www.facebook.com/PERKEPISOfficial/videos/1097136930445637/

Acara ini turut mendapat liputan akhbar Utusan Borneo Edisi 06 September 2018 (halaman 6).






TAG