Kuching, 07 Oktober 2018: Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM telah menyertai Konvensyen Pendidikan Prasekolah siri ke-12 2018, anjuran Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kelolaan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak.
Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari itu, berlangsung di Hotel Pullman Kuching, bermula sejak 05 Oktober 2018. Seramai 396 orang peserta dalam kalangan pengusaha, pengurus dan pendidik TADIKA seluruh negeri Sarawak menghadiri konvensyen yang telah masuk siri ke-12 sepanjang penganjurannya.
Dengan mengangkat tema "Pendigitalan Asuhan dan Didikan Kanak-kanak", sebanyak tiga kertas kerja pembentangan, tujuh sesi bengkel dan satu sesi forum diadakan sepanjang tiga hari program berlangsung.
Perasmian Pembukaan Konvensyen disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 06 Oktober 2018.
Manakala, sesi Perasmian Penutupan pula disempurnakan oleh Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak pada hari terakhir konvensyen.
Tiada ulasan
Catat Ulasan