Tuan Haji Mustapha Kamil Ayub Kunjungi Sahabat-sahabat ABIM Sarawak
Posted by
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak
4:57 PTG
Kuching, 17 Oktober 2018: Satu perjumpaan santai telah diadakan antara ABIM Sarawak dengan mantan tokoh penggerak belia Tuan Haji Mustapha Kamil Ayub, bertempat di Kafe Ikhwan, Jalan Matang, dekat sini.
Beliau yang dalam rangka lawatan dan urusan di Kota Kinabalu dan Kuching, telah meluangkan waktu berziarah dan beramah mesra dengan sahabat-sahabat ABIM Negeri Sarawak.
Tuan Haji Mustapha Kamil Ayub adalah mantan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta aktif dalam kegiatan kemahasiswaan dan kebeliaan pada zaman beliau menuntut di universiti.
Tiada ulasan
Catat Ulasan