Nilai, 21 Oktober 2018: Delegasi ABIM Sarawak dan ABIM Sabah telah bergabung membentuk pasukan Persekutuan ABIM Borneo untuk berentap dalam Sukan Perpaduan anjuran ABIM sempena Muktamar Belia Islam kali ke-47, di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini.
Persekutuan ABIM Borneo telah berentap bagi tiga acara yang dipertandingkan dalam karnival sukan tersebut iaitu acara futsal lelaki, bola tampar lelaki dan bola tampar wanita.
Pasukan bola tampar wanita telah berjaya merangkul anugerah Naib Johan dalam acara tersebut, manakala pasukan futsal lelaki sekadar berpuas hati di tempat keempat, walaupun tersenarai sebagai pasukan pilihan perlawanan kerana menjuarai peringkat kumpulan.
Dalam perkembangan yang sama, pasukan bola tampar lelaki juga pulang dengan kedudukan keempat, menjadikan hanya pasukan bola tampar wanita sahaja yang berjaya menaiki podium bagi edisi karnival sukan perpaduan kali ini.
Walau bagaimanapun, ABIM Sarawak dan ABIM Sabah akan terus memastikan keunggulan dalam segenap aspek kegiatan termasuk sukan bakal menjadi milik Persekutuan ABIM Borneo, bagi masa-masa mendatang.
Klik pada pautan ini untuk koleksi penuh foto berkaitan:
Tiada ulasan
Catat Ulasan