Kuching, 25 November 2018: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah menganjurkan 'Jerayawara Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dan al-Quran', berlangsung selama tiga hari bermula 23 Disember 2018.
Bagi menjayakan jerayawara ini, ABIM negeri Sarawak telah mengundang ke Sarawak secara khas seorang tokoh akademia, Dr. Mohd Arip Kasmo sebagai pembicara. Beliau merupakan mantan Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia merangkap penyusun modul "Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dan al-Quran al-Karim" (PASAK).
Beberapa objektif disasarkan sepanjang berlangsungnya jerayawara ini:
1) Meuar-uarkan kepada masyarakat umum tentang penemuan terkini Sains Tabi'i yang mengesahkan khabar dan informasi dari al-Quran
2) menerangkan kepada orang awam tentang sunnah Nabi SAW dan manfaatnya yang terbukti dalam kajian sains mutakhir.
3) membentangkan kepada khalayak tentang penemuan terkini berkaitan perkhabaran agung mengenai Nabi Muhammad SAW sejak zaman purbakala.
4) melatih generasi muda dalam menguasai teknik motivasi dakwah melalui penerangan dan pembuktian saintifik
Jerayawara yang berlangsung di beberapa lokasi sekitar Bahagian Kuching disajikan dengan pengisian beberapa segmen:
(1) Kuliah Magjrib Khas - 23 Nov 2018, bertempat di Masjid Darul Iman, Kampung Sri Arjuna, Puncak Borneo (Topik: "Rahmat Rasulullah SAW: Perkhabaran Agung Zaman Berzaman")
(2) Kuliah Subuh Khas - 24 Nov 2018, bertempat di Masjid al-Taqwa, Kampung Pinang Jawa, Kuching (Topik: Mukjizat al-Quran dan Sunnah Rasulullah dan Penemuan Sains Moden)
(3) Bengkel Daie Muda - 24 Nov 2018. Modul: Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dan al-Quran, bertempat di Sekretariat ABIM Sarawak (SASAR), Kuching. Dihadiri oleh 25 orang peserta dalam kalangan aktivis ABIM Sarawak (profesional dan mahasiswa berusia di bawah 35 tahun)
(4) Kuliah Maghrib Khas - 24 Nov 2018, bertempat di Masjid Darul Husnul Khatimah, Kg. Semerah Padi, Kuching (Topik: "Menyingkap Rahsia dan Manfaat Sunnah Nabi dari Perspektif Sains”)
(5) Kuliah Subuh Khas - 25 Nov 2018, bertempat di Masjid al-Abyad Taman Matang Jaya, Kuching (Topik:" Penemuan Terbaharu Sains tentang Beberapa Sunnah Nabi")
Pelbagai respon positif diterima daripada masyarakat awam yang menyertai jerayawara ini:
1. Sesi seperti ini wajar diadakan secara lebih kerap kerana maklumat-maklumat baharu yang disampaikan sangat menarik dan menggambarkan keindahan agama Islam (Tuan Haji Aripin, setiausaha Masjid Sri Arjuna/jurutera JKR)
2. Penjelasan tentang sunnah Nabi dan kebaikannya di sisi kajian sains kesihatan membuka mata saya tentang kebenaran Islam. Dulu kita mengamalkan sahaja kerana ianya sunnah dibuat Nabi, tapi dengan kemajuan Sains, ia terbukti menyelesaikan masalah manusia. Sebagai contoh, amalan sunnah mentahnikkan anak yang baru dilahirkan dengan buahan manis seperti kurma rupa-rupanya mampu mengurangkan masalah kekurangan glukosa dalam badan bayi yang baharu dilahirkan (Puan Rahmatulhuda Khalidi)
3. Sangat menarik, program seperti ini membuka minda kita dan mengukuhkan iman kita. Memang Islam sudah lengkap syariat dan jalan hidup yang digariskan oleh Allah (Shahril Aqmal Baharin, mahasiswa/peserta bengkel Daie Muda)
Untuk perancangan akan datang, pihak penganjur iaitu ABIM Negeri Sarawak akan merencana sesi Bengkel Daie Muda bersama para guru Sains dan Pendidikan Islam di Sarawak (dengan persetujuan dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri). Dalam perkembangam yang sama, para alumni bengkel Daie Muda akan ditugaskan untuk membawa modul PASAK ke sekolah-sekolah, masjid, pusat komuniti untuk manfaat khalayak awam
Rakaman Video syarahan boleh diakses di https://www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK/
Acara ini juga telah mendapat liputan akhbar Utusan Borneo Edisi 27 Disember 2018 (Halaman B4) dengan tajuk laporan berita "ABIM Negeri Sarawak Jayakan Jerayawara Syarahan Pengukuhan Akidah".
Laporan ini juga boleh dibaca melalui edisi akhbar atas talian di pautan ini: https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/27/abim-negeri-sarawak-jayakan-jerayawara-syarahan-pengukuhan-akidah?fbclid=IwAR1GlcR_PPDhogcp6vFMtInxophEc82QuB9yM_AO4-MdLcYPA6a2cd7fKXg
Tiada ulasan
Catat Ulasan