Cintai dan Contohi Rasulullah SAW: ABIM Sarawak bersama Masyarakat KASBA Raikan Peringatan Maulidurrasul SAW


Kuching, 20 November 2018: Sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Khair Kampung Semariang Batu telah menganjurkan ceramah Maulidurrasul SAW bagi tahun 1440 Hijriah.
Majlis yang diadakan di Masjid Nurul Khair ini membicarakan topik ceramah bertajuk "Cintai dan Contohi Rasulullah S.A.W", yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Fazril Saleh. penyunting buku "Nafahat al-Ridwan: Riwayat Hidup Shaykh 'Uthman Sarawak". Beliau juga merupakan Ahli Jawatankusa Kerja Pusat Abim Pusat dan Setiausaha Abim Sarawak.
Program bermula dengan solat Maghrib berjamaah, diikuti dengan pembukaan acara oleh peneraju majlis, Ustaz Shahril Aqmal Baharin, Timbalan Yang Dipertua Perkepis Sarawak. Acara dilanjutkan dengan ucapan sambutan daripada Tuan Haji Abdul Rani Julaihi, Setiausaha Masjid Nurul Khair Kampung Samariang Batu dan ucapan aluan oleh Tuan Mohamad Rahmat Jamali Naib Yang Dipertua Abim Sarawak.
Seterusnya, hadirin diperdengarkan dengan alunan nasyid dan selawat oleh kumpulan anak muda KASBA, Ashabul Khair. Setelah itu, ceramah disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Mohammad Fazril Saleh. Dalam ceramahnya, beliau menekankan peri penting mencintai Rasulullah SAW, mencontohi baginda dalam pelbagai aspek kehidupan di samping merenung dan meneliti sunnah Rasulullah SAW yang penuh dengan hikmah dan keberkatan.
Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk Kampung Semariang Batu ini turut dihadiri Penghulu Samariang Tuan Haji Mahidi Haji Pihak, Tuan Imam Haji Seruji Serah, Tuan Imam Jamal Hosen, Tuan Bilal Mustaffa Abu Bakar, Tuan Muhammad Zhariff Azhari Yang Dipertua PERKEPIS, Encik Abdul Rani Julaihi, Setiausaha Jawatankuasa Masjid Nurul Khair Kg Semariang Batu, Encik Roslan Saian, Pengerusi Kelab Belia Kg. Semariang Batu, Barisan kepemimpinan ABIM Sarawak, Ketua-ketua masyarakat, dan Pengerusi-Pengerusi NGO KASBA.
Majlis diakhiri dengan Zikir Marhaban seusai solat Isyak berjamaah. Jamuan juga disediakan selepas program.
Rakaman video ceramah boleh ditonton di:






























TAG