Kuching, 17 November 2018: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak terus konsisten menjulang agenda kependidikan Islam, demi memastikan kualiti pendidikan anak-anak bangsa terus terjamin, khususnya dari segi pendidikan awal kanak-kanak dalam ruang lingkup pra-sekolah.
Ini ditandai dengan kejayaan penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan atau Majlis Konvokesyen Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM Sarawak bag kali ke-30, bertempat di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sarawak, dekat sini baru-baru ini.
Majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang hadirin yang terdiri dalam kalangan ibu bapa dan keluarga murid-murid kelas enam tahun ini merangkumi dua sesi iaitu Sidang 1 (sesi pagi) yang bermula pada jam 08:30 pagi hingga 12:00 tengahari, dan Sidang 2 (sesi petang) yang bermula pada jam 02:30 petang hingga 05:15 petang.
Majlis kali ini menyaksikan penganugerahan sijil kepada 464 orang murid enam tahun yang berjaya menamatkan pendidikan mereka dari 16 institusi pendidikan TASKI ABIM dalam kawasan Kuching dan Kota Samarahan.
Sidang 1 (pagi) dirasmikan oleh YB Encik Fazzrudin Abd Rahman, ADUN N6 Tupong, manakala Sidang 2 (petang) dirasmikan YB Datuk Dr. Abdul Rahman Hj Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap ADUN N4 Pantai Damai.
Antara objektif penganjuran majlis anugerah kecemerlangan TASKI ABIM Saraw kali ini adalah bagi meraikan kejayaan dan menyampaikan sijil tamat belajar kepada murid lulusan enam tahun TASKI ABIM; memberikan penghargaan kepada ibu bapa dan guru atas jasa mendidik anak-anak; dan menjadi perhimpunan tahunan warga pendidik ABIM Sarawak.
Sidang 1 dimulakan dengan ketibaan YB Encik Fazzrudin Abd Rahman yang disambut meriah dengan selawat dan disusuli dengan persembahan silat oleh murid-murid TASKI ABIM. Acara diteruskan dengan alunan nasyid Asmaul Husna, Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku dan Lagu Perjuangan ABIM. Acara kemudiannya dilanjutkan dengan beberapa persembahan oleh anak-anak pelajar TASKI ABIM Sarawak yang comel dan berwarna-warni.
Ucapan sambutan disampaikan oleh Ustaz Raufa Irman Abd Raub, Timb. Yang Dipertua ABIM Sarawak, sebagai aluan dan bagi menyampaikan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran majlis ini. Ini disusuli dengan Ucapan Perasmian Konvokesyen Sidang Pagi oleh YB Encik Fazzrudin Abd Rahman. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kpd ABIM kerana telah berjaya mendidik anak-anak pra sekolah khususnya sejak 30 tahun yang lalu. Beliau yakin ABIM mampu melahirkan generasi muda Sarawak yang berpendidikan dan berkualiti.
Manakala, Sidang 2 pada sebelah petang dimulakan dengan ketibaan YB Datuk Dr. Abd Rahman Hj Junaidi yang disambut dengan iringan selawat dan disusuli dengan persembahan pembukaan oleh murid-murid TASKI ABIM Sarawak. Majlis kemudiannya dilanjutkan dengan alunan nasyid Asmaul Husna, Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku dan Lagu Perjuangan ABIM. Seterusnya, beberapa persembahan kreatif oleh anak-anak pelajar TASKI ABIM Sarawak dipersembahkan
Ucapan sambutan disampaikan oleh Ustaz Raufa Irman Abd Raub, Timb. Yang Dipertua ABIM Sarawak dan Ucapan Penghargaan disampaikan oleh Tuan Haji Raslie Saharan, Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH Sarawak)
Ini disusuli dengan Ucapan Perasmian Konvokesyen Sidang Petang oleh YB Datuk Dr. Abd Rahman Hj Junaidi, yang seterusnya menyempurnakan perasmian majlis sesi sidang 2. Dalam ucapannya beliau mengkagumi usaha ABIM dalam aspek pendidikan Islam. Dalam perkembangan sama, beliau memberikan komitmen untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan sebagaimana yang digerakkan oleh ABIM Sarawak sejak 30 tahun lalu.
Turut hadir memeriahkan majlis ini, barisan pimpinan ABIM Negeri Sarawak, dan ahli jawatankuasa ABIM Daerah Kuching dan Samarahan, Ustazah Hajariah binti Senar, Pengurus TASKI/Tahfiz ABIM Kuching-Samarahan serta Ahli Lembaga Yayasan Madani Sarawak.
TASKI ABIM merupakan institusi pendidikan pra sekolah Islami terawal di Malaysia. Dalam konteks negeri ini, TASKI ABIM ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1988 oleh ABIM Sarawak (30 tahun yang lalu), iaitu selepas 10 tahun penubuhan ABIM Sarawak. Antara pengasas ABIM adalah Almarhum Ustaz Haji Awang Pon Awang Sebon, Ketua Hakim Mahkamah Syariah pertama Negeri Sarawak.
Kini terdapat hampir 30 institusi TASKI ABIM Sarawak di Kuching dan Kota Samarahan, Sarikei, Meradong dan Miri. TASKI ABIM Sarawak menawarkan perkhidmatan pendidikan pra sekolah bagi anak2 berusia 4 hingga 6 tahun. Ia juga menawarkan perkhidmatan pendidikan tahfiz bagi anak-anak pelajar sekolah rendah. Sukatan pelajaran dan latihan keguruan dikawalselia oleh Yayasan Takmir Pendidikan, sebuah agensi pendidikan di bawak ABIM.
Setakat hari ini, lebih seribu murid pra-sekolah mengikuti pendidikan di TASKI ABIM seluruh Negeri Sarawak merangkumi kelas empat, lima dan enam tahun serta kelas tahfiz sekolah rendah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan