Kitab "Nafahat al-Ridwan fi Manaqibi Shaykh 'Uthman" Riwayat Hidup Tokoh Ulama Sarawak Shaykh Uthman Abd al-Wahab al-Sarawaqi

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah menerbitkan Kitab "Nafahat al-Ridwan fi Manaqibi Shaykh 'Uthman" karangan Shaykh Muhammad Zayn al-din bin Shaykh Uthman al-Sarawaqi, sempena Majlis Peringatan Haul 100 Tahun Shaykh Uthman Sarawak pada 04 Ogos 2018 yang lalu.

Kitab ini memperihalkan riwayat hidup Shaykh Haji Uthman bin Haji Abdul Wahhab al-Sarawaqi merangkumi latar belakang kehidupannya, salasilah keturunannya, rihlah ilmiah beliau, guru-gurunya dan kegiatan keilmuan dan dakwahnya.

Kitab ini disunting dengan perumian dan pengenalan oleh Fazril Saleh, dan diterbitkan oleh ABIM. Pengedaran pertama terbitan ini telah berlaku pada 04 Ogos 2018 ini dalam Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak (bertempat di DBP Sarawak, Kuching/ 08:00pagi - 01:30tgh) dan juga dalam Majlis Peringatan Haul 100 Tahun Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (bertempat di Masjid Darul Husni Warrahmah Tmn Hussein Petrajaya Kuching / 06:00ptg - 09:30mlm).

Untuk mendapatkan kitab ini, sila kunjungi laman sesawang ABIM Press: http://www.abimpress.my/product/nafahat-al-ridwan/



TAG