Peranserta Akar Umbi dalam Pembangunan Belia Negara: ABIM Negeri Sarawak dalam Sesi "Engagement" Pindaan Akta 668


KUCHING, 14 November 2018: ABIM Negeri Sarawak bersama lebih 80 peserta dari pelbagai pertubuhan dan persatuan belia dan Agensi Kerajaan di Negeri Sarawak telah menghadiri Sesi "Engagement" Pindaan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Sesi ini diteraju oleh En. Ibrahim bin Mohd Yusof (Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia), Pn. Hjh Siti Aisyah bt Yahya (Pendaftar Pertubuhan Belia Pejabat Pertubuhan Belia), En Mohd Nizam bin Ismail (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak) dan En Syafik Afzan bin Abu Kasim (Setiausaha Kanan Bahagian Dasar).
Sesi ini diadakan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jalan Tun Ahmad Zaidie, dekat sini. Objektif utama penganjurannya ada untuk menerangkan tentang cadangan pindaan Akta 668 seterusnya mendengar komentar dan hasrat persatuan-persatuan di Negeri Sarawak. Ini bagi membolehkan suara dari akar umbi dapat disuarakan di peringkat tertinggi kementerian.
ABIM Negeri Sarawak telah diwakili oleh sembilan orang perwakilan:
1. Muhammad Hazim Azhari
2. Mohammad Fazril Saleh
3. Mohamad Rahmat Jamali
4. Shahril Aqmal Bahrin
5. Muhammad Luqmanul Hakim
6. Noratirah Rambli
7. Norashikin Abd Hadi
8. Muhammad Zhariff bin Azhari
9. M. Raufa Irman bin Hj. Abdul Raub

Pelbagai perkara dibincangkan dalam sesi yang berlangsung selama hampir dua jam setengah ini. Selain pembentangan dan penerangan oleh para pegawai kementerian, para peserta juga mengajukan beberapa komentar, cadangan dan permasalahan belia di Sarawak.
Antara perkara yang dilontarkan oleh para peserta dalam sesi ini adalah perihal penubuhan Majlis Belia Negeri Sarawak, kebajikan para belia di pedalaman, kekangan pertubuhan belia dalam konteks panduan dan kewangan serta cadangan penyantunan belia di negeri Sarawak.


















TAG