ABIM Sarawak Adakan Kunjungan ke DDI Kabupaten Sambas


Sambas, 04 Disember 2018: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan silaturrahim terhadap Dewan Da'wah Islamiah Indonesia (DDI) cabnag Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia.
Rombongan ABIM Negeri Sarawak yang diwakili oleh Timbalan Yang Dipertua Ustaz Mohamad Raufa Irman dan Setiausaha Negeri Sdr. Mohammad Fazril Saleh telah disambut oleh Ketua DDI Kabupaten Sambas, Tuan Haji Satono. Rombongan kemudiannya dibawa makan tengahari di kawasan berdekatan Keraton Kesultanan Sambas.
Usai makan tengahari dan perbualan perkenalan, delegasi ABIM Sarawak dibawa melawat Akademi Da'wah Indonesia (ADI) Kabupaten Sambas. Di sana, delegasi ABIM Sarawak disambut oleh Ustaz Darwadi, Timbalan Pengarah ADI Sambas.
Acara dilanjutkan dengan diskusi bersama mahasiswa ADI Sambas. Ustaz Mohamad Raufa Irman dan Sdr. Mohammad Fazril Saleh menyampaikan ucapan dan syarahan terkait perihal dakwah, kepemudaan dan perjuangan, diikuti sesi komentar dan soal jawab bersama hadirin.
Delegasi ABIM Negeri Sarawak turut menghadiahkan momento kenang-kenangan berupa frame khas kunjungan dan buku terbitan ABIM berjudul "Nafahat al-Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak"












TAG