Sambas, 06 Disember 2018: Perwakilan ABIM Negeri Sarawak telah menjalin hubungan silaturrahim dengan Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia (HMI) cabang Sambas.
Pertemuan diadakan di Hotel Pantura Jaya, Sambas. Sdr. Mohammad Fazril Saleh selaku Setiausaha ABIM Negeri Sarawak dan Ustaz Mohamad Raufa Irman selaku Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak telah bertemu pimpinan HMI Sambas yang diwakili Saudara Fauzi dan Saudara Sobirin berserta seorang lagi pimpinan mahasiswi.
Pertukaran pendapat dan pandangan berlaku dalam perjumpaan yang memakan masa sehingga dua jam lebih itu.
Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia merupakan salah satu jaringan antarabangsa ABIM yang telah lama menjalin hubungan persaudaraan atas idealisme perjuangan.
Pertemuan ini telah bersetuju dan bersepakat untuk melanjutkan kegiatan pelatihan secara bersama antara mahasiswa kedua-dua wilayah pada masa akan datang.
Tiada ulasan
Catat Ulasan