Sambas, 05 Disember 2018: Perwakilan ABIM Negeri Sarawak yang berkunjung ke Sambas mengambil kesempatan untuk menghadiri Majlis Zikir Tariqat Qadiriah wa Naqsyabandiah.
Kehadiran Sdr. Mohammad Fazril Saleh selaku Setiausaha ABIM Negeri Sarawak dan Ustaz Mohamad Raufa Irman selaku Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak telah disambut oleh Yang Mulia Jayadi M. Zaini Sarilaba B, Mursyid Tariqat.
Acara bermula dengan pembukaan majlis, diikuti dengan manaqib Shaykh Ahmad Khatib al-Sambasi, pendiri tariqat ini.
Sdr. Mohammad Fazril Saleh yang juga merupakan penterjemah dan penyunting bagi buku "Nafahat al-Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak" telah diminta untuk memberikan sedikit pengenalan tentang Shaykh Uthman Sarawak, yang juga merupakan pengamal tariqat Qadiriah wa Naqsyabandiah.
Majlis diteruskan dengan zikir-zikir khas dalam amalan tariqat Qadiriah wa Naqsyabandiah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan