ABIM Sarawak Sebagai Tamu Khas dalam Seminar Percepatan Pembangunan Wilayah Perbatasan Menuju Sambas Hebat


Sambas, 05 Disember 2018: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak diundang sebagai tetamu khas dalam "Seminar Percepatan Pembangunan Wilayah Perbatasan Menuju Sambas Hebat 2018".
Timbalan Yang Dipertua Ustaz Mohamad Raufa Irman dan Setiausaha Negeri Sdr. Mohammad Fazril Saleh telah mewakili ABIM Negeri Sarawak dalam seminar setengah hari itu
Seminar yang berlangsung di Dewan Besar Institut Agama Islam Sultan Syafiuddin (IAIS), Sambas itu dihadiri lebih 400 hadirin yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli politik, para sarjana dan mahasiswa.
Tiga orang panel telah secara spesifik mengupas topik ini, antara mereka adalah Dr. Jamiat Akdol selaku Rektor IAIS dan Haji Burhanuddin Rasyid, mantan Bupati Kabupaten Sambas.
Delegasi ABIM Negeri Sarawak turut diminta memberikan pandangan dan komentar berhubung topik yang dibicarakan. Sdr. Mohammad Fazril dalam komentarnya menyatakan bahawa masyarakat Sarawak khususnya komuniti Melayu Sarawak sangat menghargai dan meninggikan Sambas yang rata-rata menurut mereka Sambas adalah induk kebudayaan bangsa.
Dalam menyingkap topik sama, Mohammad Fazril juga membahaskan tiga tiang seri sesebuah kerajaan yang kukuh sesuai perbahasan ke arah mempercepat pembangunan Sambas, sebagaimana dibahaskan oleh Francis Fukuyama dalam "The Origin of Political Order": 1) strong and modern government; 2) accountability; 3) obey to the rulw of law.
Pada penghujung acara, ABIM Negeri Sarawak sempat menghadiahkan momento kenang-kenangan berupa frame khas kunjungan dan buku terbitan ABIM berjudul "Nafahat al-Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak" kepada Rektor IAIS.
Seminar ini dan juga komentar dari ABIM Sarawak turut mendapat liputan akhbar tempatan Pontianak Post edisi 06 November 2018 dengan tajuk "Muare Tebas di Sarawak" (Ruangan Prokalbar, halaman 17) dan "Pembangunan Perbatasan Harus Berdampak ke Masyarakat" (Ruangan Sambas, halaman 19)










TAG