Ke Arah Gaya Hidup Sihat: ABIM Sarawak Anjur Futsal Komrado Persahabatan Belia


Kuching, 29 Disember 2019: Dalam memastikan golongan belia terhindar daripada gejala tidak sihat seumpama penyalahgunaan dadah dan kebejatan akhlak, para belia perlu menjalani gaya hidup sihat. Salah satunya melalui aktiviti sukan.

Justeru, ABIM Negeri Sarawak menganjurkan Perlawanan Futsal Komrado Persahabatan Belia, bertempat di Gelanggang Futsal Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, di sini.

Program ini mensasarkan beberapa objektif, antaranya:

1. Suatu usaha mengajak golongan belia untuk menjalani gaya hidup sihat.

2. Mengasah bakat-bakat muda dalam kalangan para belia khususnya di Kampung Semariang Batu,

3. Mengisi waktu terluang dengan aktiviti berfaedah bagi mengelakkan gejala sosial oleh para belia

4. Menggalakkan para belia mengikuti kegiatan sukarelawan dan kemasyarakatan, antaranya seperti yang disediakan oleh ABIM Sarawak

5. Program kali kedua diadakan kerjasama antara ABIM Sarawak dengan Belia KASBA (Kg Semariang Batu) selepas acsra sepertinya pada September 2018

Perlawanan Futsal Komrado Persahabatan Belia ini telah melibatkan penyertaan seramai 60 orang belia daripada enam pasukan. Tiga pasukan Tim ABIM Sarawak (Pasukan ABIM, Pasukan PERKEPIS dan Pasukan Asyraf FC) telah berentap menentang tiga pasukan Tim Belia KASBA (Pasukan veteren Masjid Nurul Khair, pasukan Belia KASBA A dan Belia KASBA).

Perlawanan berlangsung dalam bentuk liga. Kesemua enam pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B. Pertandingan berlangsung dalam kumpulan. Juara setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.

Majlis perasmian acara futsal ini telah disempurnakan oleh En. Zaini Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Sarawak.

Acara ini turut dihadiri En. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM), En. Mohd Raufa Imran Abd Rauf (Timb. YDP Abim Sarawak), En. Sulhie Salleh (Setiausaha PBB Cawangan N7 Samariang),Muhd Zhariff Azhari (YDP Perkepis Sarawak), Haji Mahathir Fatimah (Timb. Pengerusi Masjid Nurul khair), Belia-Beliawanis KASBA & Saf-Saf Kepimpinan ABIM Sarawak & PERKEPIS Sarawak.

Acara ini turut mendapat liputan akhbar Utusan Borneo edisi Sabtu 12 Januari 2019 (Ruangan Sukan halaman 20)









TAG