Menghakupaya Para Pemudi Dakwah: PERKEPIS-ABIM Sarawak Jayakan SAKTI '18


Kuching, 13 Disember 2018: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menjayakan program “Sayap Kiri Teruna Imtisal 2018” (SAKTI ’18).
Program SAKTI yang telah memasuki siri ke-2 sejak diperkenalkan tahun 2017 telah dilangaungkan di bilik kuliah 4, Masjid Al-Abyad, Matang Jaya Kuching, dekat sini.
Program yang mensasarkan penglibatan para pemudi dakwah ini telah dihadiri seramai 25 orang perwakilan yang mewakili cawangan-cawangan PERKEPIS seluruh Sarawak.
SAKTI ‘18 pada kali ini telah mengupas peranan wanita sebagai seorang Muslimah dalam pembangunan ummat. Turut disajikan perihal sejarah tokoh-tokoh wanita yang pernah berjuang pada zaman Rasulullah SAW dan tanggungjawab mereka dalam aspek keluarga dan pembangunan masyarakat.
Acara dimulakan dengan sesi bengkel khas yang disampaikan oleh Ustaz Raufa Irman, Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak dengan tema peranan dan tanggungjawab para wanita dakwah.
Selain itu, Sdri Nurshazira Zamri, Naib Yang Dipertua 3 PERKEPIS juga menyampaikan perkongsian yang bertajuk “Pemberdayaan HEWI: Cabaran Abad ke 21.”









TAG