ABIM Sarawak di Media: "Program Silathrrahmi Da'i Serantau Himpunkan Pendakwah Tiga Negara"
"Program Silathrrahmi Da'i Serantau Himpunkan Pendakwah Tiga Negara"
Utusan Borneo
Edisi Sabtu, 19 Januari 2019
(Segmen Horizon Halaman A2)
================================
[Program Silaturahmi Da’i Serantau himpunkan pendakwah tiga negara]
Utusan Borneo (Sarawak)
19 Jan 2019
PROGRAM Silaturahmi Da’i Serantau Perbatasan Indonesia-Malaysia-Brunei 2019 telah berlangsung dari 12 hingga 14 Januari lepas di Kota Putussibau, Kabupaten Kapuas Hulu, Indonesia.
Program ini disertai 150 peserta dari Malaysia yang diwakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak dan Brunei diwakili Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Manakala Indonesia diwakili peserta dari Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia Cabang Kabupaten Kapuas Hulu 23 dan cabang-cabang peringkat Kacamatan.
Anjuran Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) Kabupaten Kapuas Hulu, program ini bertujuan menghimpunkan para pendakwah daripada tiga negara bersempadan ini bagi berkongsi pandangan tentang kegiatan dakwah di negara masing-masing.
Program ini juga bertujuan merencanakan pelan tindakan dakwah dan khidmat komuniti khususnya di kawasan pedalaman dan perbatasan antara negara.
Pada masa sama, program ini juga bertujuan mewujudkan rangkaian gerakan dakwah serantau serta mempromosikan Islam sebagai agama rahmat.
Antara aktiviti yang diadakan selama program tiga hari tersebut ialah acara sambutan di Dewan Besar Rumah Bupati Kapuas Hulu pada hari pertama yang dihadiri Bupati Kapuas Hulu Bapak Abang Muhammad Nasir dan pegawai-pegawai tinggi Kabupaten.
Pada hari kedua pula diadakan Dialog Da’i Serantau di Dewan Majlis Adat dan Budaya Melayu, Kabupaten Kapus Hulu. Manakala pada hari ketiga diadakan Program Tabligh Akbar (Ceramah Perdana) di Masjid Agung Darun Najah di Kota Putussibau.
Dalam pada itu delegasi Malaysia diwakili Yang Dipertua ABIM Sarawak, Muhammad Hazim Azhari dan timbalannya Mohamad Raufa Irman Abd Raub serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM, Mohammad Fazril Mohd Saleh serta Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, Muhammad Zhariff Azhari.
Tiada ulasan
Catat Ulasan