ABIM Sarawak Kunjungi Waris Keturunan Maharaja Imam Haji Basiuni Imran


Sambas, 06 Disember 2018: Perwakilan ABIM Negeri Sarawak telah mengunjungi salah seorang waris keturunan ulama besar Sambas Maharaja Imam Haji Muhammad Basiuni Imran.
Maharaja Imam Haji Muhammad Basiuni Imran merupakan seorang tokoh ulama, ilmuwan dan agamawan terkemuka di Sambas. Beliau merupakan salah seorang anak didik Shaykh Uthman Abdul Wahab Sarawak ketika menuntut ilmu di Makkah.
Sdr. Mohammad Fazril Saleh selaku Setiausaha ABIM Negeri Sarawak dan Ustaz Mohamad Raufa Irman selaku Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak telah diiringi Dr. Sunandar, Dekan Fakulti Adab dan Usuluddin Institut Agama Islam Sultan Syafiuddin Sambas. Dr. Sunandar, yang merupakan anak tempatan merupakan seorang penyelidik tokoh ini.
Kehadiran mereka bertiga disambut oleh Bapak Bahran, anakanda Maharaja Imam Haji Muhammad Basiuni Imran.
Selain beramah mesra, perwakilan Sarawak turut diperlihatkan dengan tulisan tangan Maharaja Imam Haji Muhammad Basiyuni Imran, dan menurut Bapak Bahran, kedatangan tetamu kali ini merupakan kali pertama tulisan tangan ini dikeluarkan dan diperlihatkan.
Beberapa dokumen berkaitan Maharaja Imam juga diberikan oleh Bapak Bahran kepada Mohammad Fazril Saleh untuk rujukan akan datang.









TAG