Berani Melangkah Demi Perubahan Gerakan Koperasi: Pengerusi ALK KOMADANI Tanding Jawatan Pengerusi ANGKASA Negeri


Kuching, 26 Januari 2019: Koperasi Sri Madani Sarawak Berhad (ko-MADANI) telah sebulat suara menyokong usul memberi keizinan dan membantu memenangkan Pengerusi Ahli Lembaga Koperasinya, Tuan Wan Azizan Wan Zainal untuk bertanding jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri bagi ANGKASA Sarawak, yang bakal berlangsung April depan. 

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Agung Koperasi, bertempat di Dewan Tuan Guru Awang Pon Awang Sebon, Ibu Pejabat TASKI ABIM, Taman Sri Wangi, dekat sini. 

Wan Azizan dijangka mencabar penyandang jawatan Pengerusi Perhubungan ANGKASA Sarawak, Tuan Haji Usof Samah yang telah menyandang jawatan tersebut hampir satu dekad. 

Setakat ini dijangkakan pertembungan dua penjuru akan berlaku dan pertandingan kali ini pastinya sengit. Mesyuarat Agung ANGKASA Sarawak telahpun diputuskan untuk diadakan di Hotel Meritz, Miri pada 06 April 2019 akan datang. 

Wan Azizan, yang merupakan seorang perunding kewangan dan usahawan muda juga adalah seorang aktivis kemasyarakatan yang bergiat aktif dalam pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 

Beliau juga adalah pencipta program perisian Buku Tunai CERMAT yang memudahkan urusan mengatur kewangan bagi perniagaan, persatuan dan individu yang ingin merancang kewangan secara tersusun. 

Dengan kepakaran beliau dalam urusan audit, akauntansi dan perancangan kewangan, masa depan gerakan koperasi dijangka cerah di bawah kepemimpinan beliau, sekiranya memenangi pertandingan tersebut. 

Untuk maklumat lanjut tentang beliau dan harapan gerakan koperasi Sarawak, layari Laman Facebook Hijrah ANGKASA 2019.

#ABIMsarawak
#HIJRAHANGKASA2019








TAG