Keselamatan Keluarga Sebagai Keutamaan: ABIM Sarawak Berperanserta dalam TOF PEKA


Ampang, 28 Januari 2019: ABIM Negeri Sarawak, dengan diwakili dua orang pimpinannya, telah menyertai Training Of Facilitator (TOF) "Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak" (PEKA), bertempat di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor.

Program empat hari itu bermula pada 25Januari 2019 dengan penyertaan daripada 50 orang peserta seluruh negara.

Program anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM Pusat) dengan Kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu disertai oleh dua orang perwakilan Sarawak iaitu Azizan Bin Ajiji (Exco Perhubungan ABIM Negeri Sarawak) dan Qhidir bin Mat Isa (Exco Perhubungan Wilayah ABIM Negeri Sarawak)

Antara objektik penganjuran bengkel latihan ini adalah:

1) Mempersiap dan melatih peserta untuk mengggerakkan PEKA di seluruh negara yang mana mensasarkan objektif seperti berikut:-

2) Untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, peniaga dan masyarakat mengenai isu Keselamatan anak;

3) Untuk memberi kemahiran asas mengenai pencegahan kemalangan dan situasi berisiko dan berbahaya;

4) Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas menyelamat dan rawatan kevemasan; dan

5) Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keselamatn keluarga di alam siber.

Kegiatan hari pertama (25 Januari 2019) bermula dengan sesi Taklimat dan Suai Kenal, disusuli Sesi 1 : Panduan Kesedaran Keselamatan Keluarga dan Anak yang memberi fokus kepada maklumat berkaitan pindaan terbaru Akta Kanak-kanak dan hal ehwal bersangkutan.

Kegiatan Hari Kedua (26 Januari 2019) pula dimulakan dengan Sesi 2: Panduan Pencegahan yang memberi penekanan terhadap aspek mencegah bahaya di dalam dan luar rumah. Beberapa aktiviti pengukuhan seperti Survei Selamatkah Rumah Kita? Dan Simulasi Kebakaran Rumah diadakan dalam sesi ini.

Seterusnya, Sesi 3 : Kemahiran Menyelamat
Panduan Dan praktikal Rawatan Kepatahan menggunakan First Aid Kit dijalankan. Ini diikuti dengan Sesi 4 yang berkaitan Keselamatan Siber.

Manakala, pada hari ketiga (27 Januari 2019), simulasi dan praktikal pengendalian Program Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) sepanjang Hari.

Pada hari terakhir(28 Januari 2019) telah berlangsung sesi khas bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada semua peserta. Ucapan penutupan disampaikan oleh Setiausaha Agung ABIM Pusat, Saudara Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz disusuli dengan Ucapan Perasmian Penutup PEKA oleh YBrs. Encik Hairil Fadzly Md Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN).










TAG