Kuching, 08 Januari 2019: Seluruh kepemimpinan dan keluarga besar ABIM Negeri Sarawak merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Sharkawi bin Haji Suhaili yang telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira jam 2.30 petang 08 Januari 2019 di Pusat Jantung Sarawak Kota Samarahan. Jenazah telah diuruskan dan disembahyangkan di Masjid Jamek dan dikuburkan di Tanah Perkuburan Samariang Kuching selepas solat asar pada hari yang sama.
Almarhum merupakan seorang aktivis dan mantan pimpinan ABIM Negeri Sarawak.
Al-Fatihah
"Semoga kedamaian dikurniakan kepada kalian, wahai para penduduk kampung Muslimin, sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul selepas ini bersama kalian”
“Semoga Allah merahmati saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu menuju Perkampungan Barzakh & juga yang menyusul kemudian”
Innalillahi wainna ilayhi rajiun.
Selamat berangkat menghadap Pencipta,
Wahai pejuang yang banyak berjasa;
Tiap saat kami titipkan,
Doa yang tulus kami pohonkan;
Moga Tuhan kan selalu berkati,
Segala manfaat ilmu dan diri;
Di negeri akhirat negeri abadi,
Kami di sini menyusul nanti.
Tiada ulasan
Catat Ulasan