Kuching, 30 Januari 2019: ABIM Sarawak menerima kunjungan Bapak H. Abdul Halim, Kepala Departmen Nasional Perhubungan Kapuas Hulu yang bertandang ke sini atas urusan pemerintahan kabupaten.
Beliau yang juga mewakili Bupati Bapak H. Abang Muhamad Nasir, menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama untuk program Lintas Perbatasan antara Sarawak dan Kalimantan Barat.
Dalam kesempatan beliau hadir ke Malaysia, beliau telah menghubungi teman-teman ABIM Sarawak untuk bersilaturrahim. Pertemuan berlangsung di Restoran Asam Pedas Hauz, Metrocity, Jalan Matang Kuching.
Beliau juga merupakan salah seorang Pengurus Besar (pimpinan) Dewan Da'wah Islamiah Indonesia cabang Kabupaten Kapuas Hulu. Sebelum ini beliau telah berkenalan dengan ABIM Sarawak ketika penganjuran acara Silaturahmi Da'i Serantau pada pertengahan Januari lalu, di Kota Putussibau, Kabupaten Kapuas Hulu.
Tiada ulasan
Catat Ulasan