Kuching, 03 Februari 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah menganjurkan sesi perbincangan bersama Prof. Dr. James Chin, seorang ahli akademik kelahiran Malaysia yang kini menyandang jawatan sebagai Pengarah Asia Institute, Tasmania College of Arts, Law and Education, University of Tasmania, Australia.
Sesi yang bermula dari jam 02:00 petang ini berlangsung dengan kehadiran para aktivis ABIM Sarawak, para senior, dan penggerak beberapa Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) di Sarawak.
Pelbagai perkara dibahaskan khususnya berkaitan penelitian dan pandangan Prof. James Chin tentang situasi politik semasa Malaysia dan projeksi masa depan sosio-politik dalam tempoh sedekad mendatang.
Beliau yang juga merupakan seorang peneliti dalam sejarah dan kulturopolitik China juga ditanyakan tentang kondisi semasa tindakan negara China yang dilihat agresif melebrakan pengaruhnya di rantau ini dan juga di negara-negara dunia ketiga.
Di hujung perbincangan, Sdr. Mohamad Raufa Irman mewakili pimpinan ABIM Sarawak menyampaikan momento tanda kenang kenangan kepada Prof. James Chin berupa buku kelolaan ABIM Negeri Sarawak berjudul "Nafahat al-Ridwan: Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak".
Wacana ini juga dihadiri oleh beberapa wakil pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Sarawak dan pertubuhan Rise of Sarawak Effort (ROSE). Acara berakhir sekitar jam 04:00 petang.
Tiada ulasan
Catat Ulasan