ABIM Sarawak di Media: Kolokium Kepemimpinan Belia Anjuran ABIM Dapat Sambutan Menggalakkan


"Kolokium Kepemimpinan Belia Anjuran ABIM Dapat Sambutan Menggalakkan"

Utusan Borneo
Edisi Jumaat, 15 Februari 2019
(Halaman 5)

================

Kuching: Kolokium Kepemimpinan Belia anjuran ABIM dapat sambutan menggalakkan
Utusan Borneo (Sarawak)15 Feb 2019

BINCANG: Sesi perbincangan antara moderator dan para peserta pada program Kolokium Kepemimpinan Belia di Kuching, semalam.
Program Kolokium Kepemimpinan Belia anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak di sini mendapat sambutan menggalakkan.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak Muhammad Hazim Azhari berkata, ia berjaya menarik kehadiran seramai 120 anak-anak muda daripada pelbagai persatuan di negeri ini.

Persatuan yang mengambil bahagian dalam program itu katanya, adalah Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak ( SABERKAS), Persatuan Belia Kebajikan Sarawak, ABIM Negeri Sarawak serta pelajar dari institusi pengajian tinggi tempatan.

“Tujuan utama kita mengadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada belia tentang pent- ingnya usaha untuk menyertakan mereka dalam aspek pembangunan negara,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

Menurutnya, antara perkara lain yang turut diketengahkan dalam program itu termasuklah kepentingan 4K iaitu Keluarga, Kerjaya, Kewangan dan Kesatuan kepada golongan belia.

“Maka itu, kita harap program ini akan dapat memberi suntikan atau galakan kepada para peserta untuk terus maju di samping membangkitkan potensi diri menjadi pemimpin belia yang berkebolehan pada masa hadapan,” ujarnya.

Ditanya sama ada program itu akan dianjurkan lagi, Muhammad Hazim berkata, pihaknya mungkin akan meneruskannya berikutan penerimaan yang amat memberangsangkan semalam.

“Apatah lagi, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha turut menjanjikan untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai fokus utama pembangunan belia, maka kita berhasrat mengadakan program sebegini suatu masa kelak.

“Dan, ia akan turut meli- batkan kerjasama daripada MBM, Majlis Belia Sabah, SABERKAS dan persatuanpersatuan lain di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, majlis turut menyaksikan seramai tiga moderator yang mem- bincangkan pelbagai topik melibatkan hal belia iaitu Setiausaha Eksekutif SABERKAS Iszuan Haroni, Ahli Jawatankuasa Guru Muda Sarawak Noraine Jamil dan Ahli Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sarawak.
TAG