Kuching, 24 Januari 2019: ABIM Negeri Sarawak akan bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak untuk menganjurkan Kolokium Kepemimpinan Belia.
Kolokium ini dijadualkan berlangsung pada 14 Februari 2019 (Khamis), jam 08:00 pagi hingga 01:00 petang bertempat di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, Jln. Tun Zaidi Adruce, Kuching.
Kesepakatan untuk penganjurannya dicapai dalam pertemuan barisan pimpinan ABIM dengan Pengarah bersama pasukan JBSnya pada 21 Januari lalu di Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Konsep program dibahas dan diperhalusi lagi dalam satu mesyuarat penyelarasan khas melibatkan penganjur dengan beberapa badan pemegang taruh terkait belia di Sarawak.
Dalam kolokium itu nanti, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) akan hadir menyampaikan Ucapan Dasar beliau.
Ucapan Dasar ini seterusnya diulas dan dibahaskan melalui tiga segmen fokus iaitu segmen kepemimpinan belia melalui kegiatan berpersatuan; belia, keluarga dan pengurusan kewangan; dan belia dan kerjaya.
Penyertaan dibuka kepada 100 orang belia sahaja. Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Hebahan lanjut bakal menyusul.
Sila Layari: Laman web www.abimsarawak.org | Laman Facebook www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK | Hubungi/mesej WhatsApp Sekretariat ABIM Sarawak di talian: www.wassap.my/01161783206
Tiada ulasan
Catat Ulasan